Transform Your Boring Tour Into A Memorable Tourism Experiences
Start the adventure now!Kerajaan Sabah membenarkan kemasukan pelawat yang lengkap vaksin COVID-19 ke negeri itu tanpa perlu menjalani ujian saringan COVID-19 berkuat kuasa 1 Disember ini. Kelonggaran terbaharu prosedur operasi standard (SOP) rentas negeri ke Sabah itu diumumkan Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor sempena Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) di Kuala Lumpur.
Beliau berkata, Sabah juga sudah bersedia menerima kemasukan pelancong antarabangsa sejurus Kerajaan Pusat membuka semula sempadan negara bermula tahun depan. "Sehingga November 2021, sebanyak 266 penerbangan mingguan beroperasi ke Sabah dari Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Bharu, Labuan dan Sarawak dengan 43,000 kapasiti tempat duduk.
Pada masa sama, katanya kerajaan negeri turut melaksanakan Pelan Pemulihan Pelancongan Sabah untuk segmen domestik dan antarabangsa bagi memperbaiki promosi pelancongan, termasuk menukar pasaran ketika pandemik COVID-19. Katanya, Lembaga Pelancongan Sabah (STB) bekerjasama dengan pemain industri untuk melaksanakan ekspo pengembaraan, promosi dan latihan mengenai perkembangan destinasi pelancongan.
Sumber: Berita Harian
With Mybarter, we go above and beyond the typical itinerary. Unlike traditional tours, we create a personalised and immersive travel experiences for you using gamification and storytelling techniques in your itinerary.