image
image
image
image
image
image
image
image
image
image
image
image
MYBARTER

GAMIFY YOUR MALAYSIA DESTINATIONS TOUR

Transform Your Boring Tour Into A Memorable Tourism Experiences With JomTour!

See JomTour! Pricing

Melancong pasca Covid-19 di Malaysia yang perlu kita tahu

  • 3 years, 4 months ago

Pandemik Covid-19 telah membuat perjalanan dan pelancongan hampir terhenti, dan tidak ada yang pasti bila ia pulih semula.

Coronavirus telah menghancurkan ekonomi di seluruh dunia dan mengganggu kehidupan dengan cara yang tidak dapat dibayangkan beberapa bulan yang lalu. Dunia tidak akan pernah sama. Tetapi pada satu ketika, industri pelancongan akan bermula kembali dan orang akan mula keluar bercuti.

Pandemik Covid-19 telah membuat perjalanan dan pelancongan hampir terhenti, dan tidak ada yang pasti bila ia akan berakhir. Apabila aktiviti pelancongan bermula semula, carilah aktiviti yang tidak terlalu jauh dari rumah dengan kata lain melancong dalam negara kita sahaja. Perjalanan baru yang diberi nama “New normal” mungkin bermaksud peralihan kepada sewaan rumah berbanding menyewa di hotel, memandu sendiri daripada menaiki kapal terbang, dan peningkatan penggunaan insurans perjalanan serta memilih servis percutian persendirian yang dikenali sebagai “Private tour”. Sebagai contoh, merancang perjalanan darat ke taman negara atau tarikan lain di negara kita. Tinggal selama beberapa hari di tempat penginapan percutian yang berdekatan. Adakah ia boleh dipraktikkan? Perjalanan anda seterusnya mungkin ditempah melalui tour persendirian dan juga diinsuranskan. Seperti itulah percutian keluarga yang biasa di Malaysia setelah perjalanan dan pelancongan mulai meningkat sehingga wabak berakhir.

Terdapat 4 jenis mood atau cara melancong yang biasa digunakan dan ia akan berbeza selepas ini. Kumpulan pertama dipanggil “escapist” atau “adventure” yang popular dengan konsep “Just be there”. Kumpulan ini gemar pergi meneroka apa jua aktiviti yang menarik di kawasan sekeliling. Tetapi selepas pandemic, terdapat kesukaran perjalanan kerana kebanyakan hotel dan penginapan tidak dibuka menyebabkan tempahan tidak dapat dibuat. Dengan kekurangan informasi terkini di internet, percutian anda akan menjadi tidak memuaskan.

Kumpulan kedua adalah “The Learner” yang sentiasa mencari atau menyelidik sesuatu kawasan sebelum melancong di destinasi tersebut. Kumpulan ini meletakkan keutamaan melancong ke suatu tempat berpandukan kepada akses ke tempat tersebut. Jika terdapat kesukaran perjalanan untuk ke destinasi, perancangan mungkin terbantut. Selain itu, kekurangan informasi destinasi yang dibuka juga menjadi sebab percutian tersebut perlu ditangguhkan.

Kumpulan ketiga adalah kumpulan keluarga yang terdiri dari kanak-kanak dan sentiasa melancong bersama. Kumpulan ini akan sentiasa bertanya “Can you do that?”. Jika difikirkan, kumpulan inilah paling terkesan kerana terdapat kriteria ketat yang perlu dipertimbangkan bagi menjamin keselamatan dan kesihatan anggota keluarga. Ibu bapa perlu berjaga-jaga jika melancong ke satu destinasi asing.

Kumpulan terakhir “Romance King” sentiasa menurut kehendak pasangan semasa melancong. Kumpulan ini terkenal sebagai “easygoing” konsep dimana keputusan dibuat atas dasar suka pergi  bersama. Kebanyakan  kumpulan ini tidak memahami tempat dan aktiviti yang ingin dilakukan dengan jelas. Jadi, perancangan untuk melancong mungkin berubah pada saat akhir yang melibatkan kos yang tinggi.

Daripada kumpulan tersebut, kita dapat mengenalpasti masalah yang akan dihadapi apabila melancong pasca Covid19 ini. Kesimpulannya, kita perlukan kebebasan memilih destinasi yang hendak pergi yang tidak terlalu ramai pada satu masa. Berkongsi kenderaan dengan orang ramai semasa tour dan aktiviti adalah dilarang sama sekali. Mereka juga terikat dengan jadual perjalanan yang ditetapkan pemandu pelancong dan juga masa yang tidak mencukupi untuk membuat aktiviti sendiri. Kos tour dan aktiviti sentiasa berubah dan bertambah mahal kerana destinasi pelancongan atau penginapan terpaksa memasukkan kos pencegahan Covid 19.

Bagi pelancong, tanpa bantuan operator pelancongan, agak sukar untuk merancang perjalanan dan percutian kerana ia kerja yang merumitkan lebih-lebih lagi info yang terdapat di internet seringkali tidak mengikut keadaan semasa. Dan yang paling merugikan adalah mendapat pengalaman perjalanan yang tidak memuaskan.

Dunia sekarang perlukan kesederhanaan dalam segala bidang. Begitu juga pelancongan. Seperti contoh, Kita masih perlukan agensi perlancongan untuk memberi nasihat dan info yang tepat ketika melancong. Pada masa yang sama kita juga perlukan kebebasan dalam memilih faktor keselamatan dan kesihatan sebagai keutamaan semasa bercuti seperti “Perkhidmatan lawatan peribadi yang berpatutan”.

Syarikat agensi pelancongan Mybarter Travel telah melancarkan aplikasi tempahan JomTour! selaras dengan kempen Cuti-Cuti Malaysia pasca covid19. Kempen ini bagi menggalakkan pelancong dalam nagara pergi ke tempat menarik dan menempah tour atau activity mengikut kesukaan. Dengan tema kebebasan melancong dengan cara tersendiri, pelancong bebas merancang perjalanan dan aktiviti pada masa yang sama dapat menikmati pengalaman melancong yang terbaik untuk diingati. Adakah kita sudah bersedia untuk melancong pasca Covid19? Apakah jenis mood atau kumpulan yang kita selalu ikut semasa melancong? Kami sedia berikan anda kebebasan untuk memilih. Selamat melancong.

image
About Author

MYBARTER

A Malaysian travel tech startup that use gamification to make your travel more engaging and rewarding. Ready to experience Malaysia like never before? Download JomTour! app today and start planning your next adventure.



JOMTOUR! APP

Plan Your Tour Itinerary with JomTour! App

With Mybarter, we go above and beyond the typical itinerary. Unlike traditional tours, we create a personalised and immersive travel experiences for you using gamification and storytelling techniques in your itinerary.

Click here for Enquiry +6011 5581 1923
< >